Friday, June 2, 2023

SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.2 - 1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia

 

Praktis Formatif 1.2
1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia

1. Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut :

    (a) Kornea (b) Pupil (c) Retina (d) Otak

1.     2. Struktur telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme pendengaran sekiranya rosak?

   Salur separuh bulat.

2.    3. Dimanakah kedudukan sel deria bau?

   Di bahagian atas rongga hidung.

 4. Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.

    Manis, masin, masam, pahit, umami

4.      5. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap rangsangan.

    Bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit

5.      6. (a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.

      Lima jenis rasa, sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk, tekanan.

    (b) Jelaskan bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.

      Lima jenis rasa dapat dikesan oleh reseptor-reseptor rasa dalam tunas rasa pada lidah. Oleh             sebab lidah dilindungi oleh kulit yang mempunyai reseptor sentuhan, kesakitan, haba, sejuk             dan  tekanan, lidah dapat mengesan sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk           dan tekanan.



SAINS TINGKATAN 3 - BAB 1 - Latihan Praktis Formatif 1.1 - Sistem Saraf Manusia

 

Praktis Formatif 1.1
1.1 Sistem Saraf Manusia

1.       Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.
Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi

2.       (a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari, dilakukan mengikut kehendak
seseorang dan dikawal oleh otak.
Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menulis, bercakap, makan, minum, berjalan, berlari, bersenam, menyanyi.

(b) Apakah tindakan luar kawal? Berikan satu contoh tindakan luar kawal?
Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.
 Contoh tindakan luar kawal ialah denyutan jantung, pernafasan, peristalsis, rembesan air liur dan bersin.
 
3.       Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak ?
Orang yang mengalami kecederaan otak tidak dapat melakukan tindakan terkawal atau luar kawal yang melibatkan otak, kerana sel saraf dalam otak manusia yang cedera tidak dapat mentafsir impuls daripada afektor dan tidak dapat menghantar impuls ke efektor.
 
4.       Apakah kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan? 
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya menjalankan proses dalam badan untuk terus hidup dan melakukan aktiviti harian.

Friday, March 17, 2023

KOLEKSI VIDEO NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 3 BAB 1

Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas 

1.1 Sistem Saraf Manusia

https://www.youtube.com/watch?v=z8q-xZXesIQ&t=45s


Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas 

1.2 Rangsangan & Gerak Balas dalam Manusia (Bahagian 1)

https://youtu.be/CvJJoCrzBEk


Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas 

1.2 Rangsangan & Gerak Balas dalam Manusia (Bahagian 2)

https://youtu.be/m1KPs_ANy_w?list=PLqNmGPyQsoMR08W7vs9SD1Q5HB2c1jwkZ


Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas 

1.2 Rangsangan & Gerak Balas dalam Manusia (Bahagian 3)

https://youtu.be/MYwGw_WaPrw?list=PLqNmGPyQsoMR08W7vs9SD1Q5HB2c1jwkZ


Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas 

1.3 Rangsangan & Gerak Balas dalam Tumbuhan

https://youtu.be/k9dXMB2pHrU?list=PLqNmGPyQsoMR08W7vs9SD1Q5HB2c1jwkZ


Sains Tingkatan 3 KSSM Bab 1 

Rangsangan dan Gerak Balas

1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap rangsangan dalam haiwan lain

https://youtu.be/RxijHHlq6-I?list=PLqNmGPyQsoMR08W7vs9SD1Q5HB2c1jwkZ



Kredit kepada Cikgu Taufik









Tajuk-Tajuk Sains Tingkatan 2 (2023/2024)


Tema 1: PENYELENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BAB 1.0 Biodiversiti
1.1 Kepelbagaian organisma
1.2 Pengelasan organisma

BAB 2.0 Ekosistem
2.1 Aliran tenaga dalam ekosistem
2.2 Kitar nutrien dalam ekosistem
2.3 Saling bersandaran antara organisma dengan persekitaran
2.4 Peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan alam

BAB 3.0 Nutrisi
3.1 Kelas makanan
3.2 Kepentingan gizi seimbang
3.3 Sistem pencernaan manusia
3.4 Proses penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan serta penyahtinjaan

BAB 4.0 Kesihatan Manusia
4.1 Penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit
4.2 Pertahanan badan

Tema 2: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

BAB 5.0 Air dan Larutan
5.1 Sifat fizik air
5.2 Larutan dan kadar keterlarutan
5.3 Pembersihan dan pembekalan air

BAB 6.0 Asid dan Alkali
6.1. Sifat asid dan alkali
6.2. Peneutralan

Tema 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

BAB 7.0 Keelektrikan dan kemagnetan
7.1 Keelektrikan
7.2 Pengaliran arus elektrik dalam litar bersiri dan litar selari
7.2 Kemagnetan

BAB 8.0 Daya dan Gerakan
8.1 Daya
8.2 Kesan daya

BAB 9.0 Haba
9.1 Hubungkait suhu dengan haba
9.2 Pengaliran haba dan keseimbangan haba
9.3 Prinsip pengembangan dan pengecutan jirim
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

BAB 10.0 Gelombang bunyi
10.1 Ciri gelombang bunyi
10.2 Kekuatan dan kelansingan bunyi
10.3 Fenomena dan aplikasi pantulan gelombang bunyi

Klik untuk melihat contoh soalan dan jawapan untuk setiap bab. (Under Construction)

Tajuk-Tajuk Sains Tingkatan 1 (2023/2024)

Tema 1: Kaedah Saintifik

BAB 1. Pengenalan kepada penyiasatan saintifik
1.1 Sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
1.2 Makmal sains anda
1.3 Kuantiti fizik dan unitnya
1.4 Penggunaan alat pengukur, kejituan, kepersisan, kepekaan dan ralat
1.5 Ketumpatan
1.6 Langkah dalam penyiasatan saintifik
1.7 Sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan saintifik

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

BAB 2. Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
2.1 Sel – struktur, fungsi dan organisasi
2.2 Respirasi sel dan fotosintesis

BAB 3. Koordinasi dan Gerakbalas
3.1 Homeostasis dalam benda hidup

BAB 4. Pembiakan
4.1 Pembiakan seks dan aseks
4.2 Sistem pembiakan manusia
4.3 Kitar haid
4.4 Persenyawaan dan kehamilan
4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
4.6 Kemandulan dan pencegahan kehamilan
4.7 Pembiakan Tumbuhan

Tema 3: Penerokaan Unsur Dalam Alam

BAB 5. Jirim
5.1 Jirim dalam alam
5.2 Tiga keadaan jirim

BAB 6. Jadual Berkala
6.1 Pengelasan unsur
6.2 Campuran
6.3 Sebatian

BAB 7. Udara
7.1 Komposisi udara
7.2 Pembakaran
7.3 Pencemaran udara

Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup

BAB 8. Cahaya dan Optik
8.1 Penggunaan cermin
8.2 Ciri cahaya
8.3 Pantulan Cahaya
8.4 Pembiasan Cahaya
8.5 Penyebaran Cahaya
8.6 Penyerakan Cahaya
8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya

Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas

BAB 9. Bumi
9.1 Sistem dan struktur Bumi
9.2 Bahan Bumi
9.3 Proses Utama Bumi
9.4 Fenomena geobencana
9.5 Usia Bumi
9.6 Sumber Bumi & Geologi Gunaan

Tuesday, June 9, 2020

Ulangkaji Tingkatan 2 : Bab 5 - Menentukan komposisi unsur di dalam molekul air (Elektrolisis)

 Menentukan komposisi unsur di dalam molekul air


1. Apabila arus elektrik dihidupkan, gelembung gas terbentuk pada elektrod.
       
2. Selepas 10 minit,
  (a) ketinggian gas dalam tabung uji P:  3 cm3  (Oksigen)
  (b) ketinggian gas dalam tabung uji Q:  6 cm3  (Hidrogen)

3. Cara menguji kehadiran gas oksigen dan hidrogen.
    Oksigen : Menggunakan kayu uji berbara, kayu uji berbara akan menyala.
    Hidrogen : Menggunakan kayu uji menyala, kayu uji menyala akan terpadam dan menghasilkan                            bunyi 'pop'.

4.  Nisbah ketinggian gas yang terkumpul dalam P berbanding dengan Q ialah 1:2.

5. Formula air ialah H2O.

6. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

7. Asid hidroklorik cair membolehkan arus mengalir dalam air dengan lebih baik kerana air ialah konduktor elektrik yang lemah.

Sunday, June 7, 2020

Monday, May 27, 2019

NOTA RINGKAS BAB 2 : SYARAT MENDERMA DARAH



Sila layari laman web berikut untuk membaca labih lanjut tentang pendermaan darah.

Laman Web Rasmi Pusat Darah Negara (PDN)
http://www.pdn.gov.my/

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/

Malaysian Red Crescent – Savings lives, Changing minds
https://redcrescent.org.my/